Kaisar Wu merasa sangat sedih hingga tidak mau menguruskan pemerintahan. Seorang pegawai kanan, Li Shaoweng merasa bimbang terhadap keadaan tersebut.
Pada suatu hari, ketika berjalan, beliau melihat bebeapa kanak-kanak sedang memainkan boneka, bayangan boneka di bumi nampaknya seperti orang yang benar.
Li Shaowen segera mengarah tukang melukis gambar Puan Li, dan membuat patung yang diperbuat dari pada kain menurut gambar itu, mengikat batang kayu pada kaki dan tangan patung itu.
Selepas itu, beliau mempersilakan baginda duduk di belakang tirai sutera. Setelah lilin dinyalakan, bayangan Puan Li mulai bergerak pada tirai tersebut, seperti orang yang benar.
Ini sangat menggembirakan Kaisar Wu. Kejadian ini dianggap merupakan catatan terawal tentang wayang kulit di China.
By: Mei-ing