Pada pertengahan zaman Dinasti Qing, opera Kun menjadi semakin merosot di Beijing. Sebilangan pelakonnya yang kehilangan puncak rezeki, terpaksa berkelana ke provinsi Hebei, dan menyertai kumpulan Gaoqiang (pic tinggi) di sana. Lama-kelamaan, lahirlah Opera Kun yang mempunyai ciri-ciri masyarakat di bagian utara China. Opera itulah yang digelar "Opera Beikun".
Nyanyian dan dialog Opera Beikun ini biasanya menggunakan dialek di bagian utara. Dengan menerapkan ciri-ciri persembahan Gaoqiang, opera ini menampilkan corak persembahan yang berani dan agak kasar.
Bagaimanapun, pada tahun 1930-an, kedudukan Opera Beikun ini mulai goyah disebabkan oleh faktor-faktor tertentu, hingga memaksa ramai pelakonnya beralih untuk melakonkan Opera Peking pula.
Selepas Republik Rakyat China diberdiri pada tahun 1949, banyak usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan opera ini. Hasil daripada usaha tersebut, Panggung Opera Beikun telah ditubuhkan pada tahun 1957. Banyak karya baru yang amat disukai oleh masyarakat telah dihasilkan.
Disalin oleh: Mei-ing